Fotografi?

= ???

??? masih tak dapat untuk mentafsirkannya ???

Maksudnya ialah ” JANGAN KUNCI MINDA”

Fenomena atau gejala baru (gejala lama sebenarnya, tetapi diberi nafas baru apabila munculnya dunia Digital) yang menghantui hampir kesemua golongan usia di merata rata dunia, FOTOGRAFI ! Sebelum anda meneruskan pembacaan, adakah anda tahu apa maksud Fotografi? … Fotografi ialah

“Sebuah lukisan yang dihasilkan daripada sumber cahaya”.

Seperti kereta yang memerlukan minyak, enjin, kepala ekzos dan beberapa bahagian yang lain, begitu juga dengan fotografi. Selain daripada cahaya, berikut adalah 5 faktor asas yang perlu digabungkan untuk menghasilkan sesebuah lukisan cahaya atau GAMBAR.

1) Mixture of practical science – Gabungan sains mekanikal dan sains alam sekitar

2) Imagination                            – Imiginasi tentang gambar yang hendak dihasilkan atau                                                              disampaikan

3) Design                                     – Rekabentuk atau rekaan

4) Craft Skills                             – Keupayaan membina

5) Organizing Ability                – Sifat terurus

1- Gabungan sains mekanikal dan sains alam sekitar

Sebagai jurufoto, tidak kira sama ada sebagai hobi atau perniagaan, anda haruslah memahami konsep gabungan sains mekanikal dan sains alam sekitar. Contoh yang boleh diberikan disini ialah seperti, sains mekanikal : memahami selok belok alatan kamera anda, fungsinya dan keupayaannya. Sains alam sekitar pula, mengetahui atau mempunyai maklumat asas akan tempat yang bakal dituju untuk sesi pengambaran seperti, cuacanya dan keadaan sekeliling. Apabila anda menggabungkan kedua dua ciri sains ini, anda mungkin akan dapat mengelakkan kerosakan peralatan kamera anda, membawa bagasi atau peralatan yang tidak diperlukan dan anda juga dapat menggunakan keadaan sekeliling dengan bagusnya, seperti mengetahui sama ada ramalan cuaca yang mengatakan bahawa tempat tersebut bakal hujan atau cerah.

2- Imiginasi tentang gambar yang hendak dihasilkan atau disampaikan :

Imiginasi memainkan peranan yang penting juga di dalam persiapan untuk mengambil gambar. Ia dapat memberikan atau memperluaskan juga mempelbagaikan gambar gambar yang bakal di ambil. Seseorang itu, hanya perlu berimiginasi walaupun dalam realitinya, mustahil. Cuba sedaya upaya untuk mendapatkan gambar seperti imiginasi anda dan lihat lah hasilnya sendiri. Ingat, “fotografi adalah subjektif”.

3- Rekabentuk atau rekaan :

Mungkin ada di antara sesetengah anda yang tidak dapat mengkaitkan faktor ini didalam fotografi. Rekabentuk atau rekaan? nak reka apa? nak bentuk apa? … Apa lagi, kalau bukan gambar. Bagi menghasilkan sesebuah gambar, ianya perlulah direka terdahulu. Tak faham? cuba lihat faktor nombor 2, imiginasi anda akan digunakan dan ia akan direka terlebih dahulu.

4- Keupayaan membina :

Setelah selesai akan rekabentuk sesebuah gambar itu yang dihasilkan daripada imiginasi anda yang dititikberatkan dari gabungan sains mekanikal dan alam sekitar, tiba lah masa untuk anda membinanya (bunyi macam nak buat bangunan pun ada kan…”ishh…ambik gambar nie bukan senang jer ker? main picit picit jer butak hitam tuh?” “nak main picit picit sahaja pun boleh, tiada salahnya, kamera tuh anda yang punya, tapi apa salahnya jikalau kita mengetahui selok beloknya terdahulu, tak salah kan?” “salah tuh memang laa tak..tapi macam pening sikit laa” “izinkan saya habiskan sampai faktor nombor 5 dan saya akan menghuraikan semuanya dengan cara yang mudah untuk anda memahaminya”)

5- Sifat terurus :

Bukan semua dilahirkan dengan mempunyai sifat terurus, ia haruslah dipupuk dan jadikannya satu amalan kita. Cuba kita fikirkan sejenak jikalau seseorang jurufoto itu tidak terurus, menghadiri majlis dengan pakaian yang tidak menyenangkan, meletakkan atau menyimpan alatan kamera dengan cuainya dan mengakibatkan kerugian yang tinggi, terlepas atau terlupa membawa alatan kamera atau temu janji dengan klien, gambar yang diambil hilang atau terbuang dan tiada cara untuk mendapatkannya kembali, sesat apa bila hendak ker destinasi dan macam macam lagi. Anda nak jadi macam tuh ker?

Huraian

Sebelum anda mengambil atau merakamkan sesebuah gambar itu, adalah disarankan untuk menggunakan 5 faktor yang baru dibaca. Mungkin ada diantara pembaca yang sememangnya melakukan 5 perkara tersebut tetapi tidak sedar atau tahu maksud dan ertinya, untuk pemahaman semua, mari kita lihat satu senario yang melibatkan kelima lima faktor ini :

Senario – Gambar Pengantin

Mengetahui alatan kamera apa yang sesuai dibawa untuk majlis akad nikah, bersanding atau pre/post wedding shoot. Mengetahui keadaan cuaca juga membantu dari segi persiapan. Saya selalu membayangkan atau berimiginasi bahawa pelanggan saya itu, adalah diri saya. Bagai mana saya hendak gambar di ambil (contohnya ketika mengambil gambar keluarga, saya tidak mahu ada ahli keluarga saya yang matanya tertutup apabila gambar diambil, begitulah saya akan pastikan gambar pelanggan saya) atau bagaimana perkhidmatan atau layanan yang saya mahukan, begitu lah juga yang akan saya berikan kepada pelanggan. Gambar kreatif selalu dikaitkan dengan pengambaran waktu pasangan berkahwin. Di sini, saya akan menghasilkan sesebuah gambar yang direkabentuk dari imiginasi saya dan yang telah dibina atau di “compose” oleh saya terlebih dahulu sebelum mengambil gambar tersebut. Akhir sekali, saya akan pastikan pakaian saya bersesuaian dengan majlis dan saya akan pastikan alatan kamera saya terjaga dan saya sampai ke destinasi pada waktu yang ditetapkan. Ini akan berlaku apabila saya menguruskan atau merancang perjalanan dan kelengkapan saya.

Sampai disini sahaja buat kali ini, semoga apa  yang anda telah baca, sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca sekalian di dalam pemahaman fotografi. Jangan lupa nantikan keluaran seterusnya di mana kita akan membincangkan tentang penjagaan kamera atau dikenali sebagai “Camera Handling” , terima kasih dan jumpa lagi.

~NikMuhdHafiz~

Advertisements

About nikmuhdhafiz

NMHclicks "its more than just a photo"
This entry was posted in Basic Photography infos. Bookmark the permalink.

4 Responses to Fotografi?

  1. Lukisan says:

    kasihan tuh jangan di kunci minda,
    keren2lah fotografi nya,

  2. Xilantra says:

    Cun nik..wa tunggu keluaran percuma seterusnya..hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s